Friday, February 17, 2012

Indahnya Taubat




















Bergenang air mata
mengenangkan dosa
Yang bertimbun aku longgokkan
Dek kerna kerakusan nafsu
Jauh ku lari
Dari landasan hakiki
Alpa dgn nikmat dunia
Aku muflis saham akhirat

Tapi sayangMu, ya Allah
Pada ku yang telah jauh menyimpang
Tetap utuh
Kau menjentikkan kesedaran
Mengembalikan ingatan
bahawa Kau memerhatikanku
dan inginku kembali ke-jalanMu

Aku yang tersungkur dalam kebodohan
Kau bangunkan dgn keinsafan
Kau Maha mulia Ya Allah
Maha Pengasih, Maha Pengampun
Betapa kerdilnya aku
Yang gagal mencintaiMu
walau sebesar zarah
Berbanding kasihMu
yang melimpah keatasku

Indahnya taubat ini
Yang memuliakan airmataku
Dengan tangisan kerna menginsafi kasihMu
Kekalkan aku Ya Allah
Dalam lindungan rahmat dan sayangMu
Jauh dari liku kehidupan yang memesongkan
Layakkanlah aku,ya Allah
Untuk bertemu,melihat wajahMu

Terimahlah hadiahMu untukku
Taubatku kepadaMu.
AsyhaduAl Laa ilaha illallah,wa asyhadu anna muhammadar rasulAllah

~Nisha~
17 Feb 2012

Friday, February 3, 2012

Sedangkan Nabi menghadapi sakitnya sakratul maut..bagaimanakah dgn kita?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, malam tadi (3-Feb-2012) ana berpeluang menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul. Terharu,terkedu sebentar mendengar hari2 menjelang kewafatan baginda. Kesan daripada memakan kambing yg tlh diracuni oleh wanita Yahudi yg bernama Zainab,baginda deman2 dan sakit2 sendi sehinggakan tidak terperi sakitnya itu. Badan baginda begitu panas sehingga baginda pernah pitam berkali2 ketika cuba bangun untuk mendirikan solat. Maka baginda menyuruh kepada Aisyah agar memyampaikan pesan pada sahabat baginda agar  mendapatkan baginda air dari 7 buah perigi , dalam 7 buah bekas berasingan. Apabila sudah disiapkan, maka baginda SAW mandi menggunakan air tersebut, dan dengan izin Allah kebah sikit demam baginda sehingga mampu mengimamkan solat. Namun selang beberapa waktu, badan baginda panas kembali sehinggakan pabila disapu air ke wajah baginda, dalam sekelip mata air itu kering. Juga dikhabarkan bahawa bahang panas badan baginda itu masih terasa walau baginda telh diselimutkan dengan beberapa helai kain tebal. Urat2 baginda terasa bagai diputus dek kerana racun tersebut. Apabila Aisyah menyoal mengapakan baginda yang merupakan Nabi kesayangan Allah melalui kesakitan sedemikian, maka kata baginda ,apa yg dilaluinya adalah sakratul maut. Baginda juga menyifatkan kesakitan azab sakratul maut ini berkali ganda sakitnya berbanding umatnya.

Melayang fikiran saya sejenak.
Jika Nabi,kekasih Allah itu menerima azab kesakitan ketika nyawa baginda dicabut sedikit demi sedikit, bagaimana pula halnya untuk kita nanti? Apa kita yakin amal kita sudah cukup untuk kita dicabut nyawa tanpa rasa sakit? Gambaran nyawa dicabut ialah seperti ditusuk pedang yg berjeriji dan kemudian dicabut keluar pedang tersebut. Itu baru satu gambaran mikro. Yg sebenarnya ?Allah yang tahu.
Yang pasti sakit sakratul maut itu wujud. Dan sesungguhnya maut itu sendiri adalah pasti. Yang kita harus fikirkan ialah bagaimana untuk persiapkan diri menghadapi sakratul maut dan alam barzakh nanti..bagaimana keadaan diri kita tatkala dibangkitkan kelak?Apakah akan bangga Nabi SAW melihat kita?

Takut,telalu takut untuk membayangkan suasana di alam kubur. Kita keseorangan.Teman kita cuma amal kita. Solat kita sempurna kah? Cukupkah 'jangka hayat' solat itu untuk menerangi kubur kita nanti? Apa kita punyai semua jawapan pada soalan Munkar Nakir?

Semoga kita berhenti menyibukkan diri dalam  hal2 duniawi. Tak perlu layankan gosip2 artis, tak perlu terasa jiwang2 karat, emosi bagai nak rak. Kumpul dan alihkan semua energy itu kearah menguatkan iman kita. Tujuan kita dimuka bumi adalah sebagai khalifah. Tidakkah kita malu meminta2 pada Allah itu ini sedangkan kita tidak menjalankan tugas kita? Jangankan melakukan tanggunjawab sebagai khalifah, apa pernahkah kita berDOA agar kita menjadi Khalifah yg baik? Tak. Yang kita tanya cinta,rezeki, jodoh dan kekayaan mungkin.

Muslimin muslimat sekalian, usia kita makin singkat hari demi hari. Mati pula menyakitkan. Paling tidak,kita cari bekal agar diakhirat kelak boleh kita senang lenang.
Jangan sampai kita kaya dimuka bumi ini tapi muflis dan dalam kepapaan di akhirat kelak :(
Nauzubillahiminzalik.