Friday, February 17, 2012

Indahnya Taubat




















Bergenang air mata
mengenangkan dosa
Yang bertimbun aku longgokkan
Dek kerna kerakusan nafsu
Jauh ku lari
Dari landasan hakiki
Alpa dgn nikmat dunia
Aku muflis saham akhirat

Tapi sayangMu, ya Allah
Pada ku yang telah jauh menyimpang
Tetap utuh
Kau menjentikkan kesedaran
Mengembalikan ingatan
bahawa Kau memerhatikanku
dan inginku kembali ke-jalanMu

Aku yang tersungkur dalam kebodohan
Kau bangunkan dgn keinsafan
Kau Maha mulia Ya Allah
Maha Pengasih, Maha Pengampun
Betapa kerdilnya aku
Yang gagal mencintaiMu
walau sebesar zarah
Berbanding kasihMu
yang melimpah keatasku

Indahnya taubat ini
Yang memuliakan airmataku
Dengan tangisan kerna menginsafi kasihMu
Kekalkan aku Ya Allah
Dalam lindungan rahmat dan sayangMu
Jauh dari liku kehidupan yang memesongkan
Layakkanlah aku,ya Allah
Untuk bertemu,melihat wajahMu

Terimahlah hadiahMu untukku
Taubatku kepadaMu.
AsyhaduAl Laa ilaha illallah,wa asyhadu anna muhammadar rasulAllah

~Nisha~
17 Feb 2012

No comments:

Post a Comment