Monday, August 8, 2011

Keikhlasan

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tidak melakar kata di lembaran maya, terdetik hati untuk mencurah fikiran di minda hari ini. Segalanya bermula tatkala mata terpandang sesuatu kelebihan rakan berbanding diri. Terdetik di hati persoalan 'apa kekurangan usaha diriku?'. Namun, aku 'redha' ,menepiskan persoalan yang timbul ke belakang benak minda. Usah dilayan,kata hati.

Ternyata aku tidak 'ikhlas'.

Sewaktu solat terawih melangkaui 12 rakaat,mulalah keletihan melanda dan pelbagai fikiran datang menjenguk. Perbandingan antara kelebihan rakan berbanding diri timbul kembali. Selang seli ku tepis, tidak ingin hilang keusyukan solat, tetapi kebangkitan persoalan kekurangan diri kali ini menebal. Sehinggakan selepas tarawih ku rasa keletihan minda. Suatu perasaan suram melanda. Aku sedih,

Keadaan berlarutan tika subuh. Fikiranku masih membisikkan kata 'simpati' pada diriku. Berulang kali aku katakan pasrah dan redha,tapi ternyata aku tidak ikhlas.

Menjelang zohor , aku berusaha untuk membaca surah al-hasr ayat ke-10 ,memohon agar Allah menghapuskan rasa 'dengki' hatiku. Apa aku dengki? Bukan,bukan dengan sahabatku. Tapi dengan kedudukan aku dikala itu.Mula aku mempersoalkan keikhlasan aku memandangkan begitu sukar utk aku menerima kata 'redha' yang seringkali mulut aku ucapkan.

Sejauh mana kita mengamalkan keikhlasan dgn Allah?

Kita kata kita redha, kita pasrah, Allah maha berkuasa, Allah penentu rezeki dll - apakah kita benar2 menyakini apa yg kita ungkapkan? atau ianya cuma sekadar luahan bibir yang tidak mampu mententeramkan hati kita?

Astagfirullahazim, Allah itu kan maha Adil. Jika kita terasa kekurangan dlm nikmat yg kita peroleh berbanding yang lain, apakah kita muhasabah diri mencari puncanya yg barangkali berasal dr diri kita sendiri? Mungkin usaha yg kita lakukan tidak setanding yg lain?
Acapkali kita mengatakan Allah uji hambanya yang Dia sayang, kerana ingin meninggikan martabat kita..sekali lagi aku bertanya -apakah kita benar2 redha atau sekadar kata pemanis mulut penyedap telinga sahaja?

Ku harap kita kaji diri kita sendiri,sejauh mana kita ikhlas kerana Allah dan demi Allah. Moga kita bersungguh-sungguh dalam meyakini bahawa Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Mungkin apa yang pada fikiran kita baik,rupa2nya buruk untuk kita?

Banyakkan berdoa dgn airmata pada Allah agar memberi hati yg bebas dari hasad dengki,iri hati mahupun hati yang sayu dengan kekurangan diri. Carilah kekuatan dengan benar yakin dan Ikhlas padaNya,

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنا وَ لِإِخْوانِنَا الَّذينَ سَبَقُونا بِالْإيمانِ وَ لا تَجْعَلْ في قُلُوبِنا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنا وَ لِإِخْوانِنَا الَّذينَ سَبَقُونا بِالْإيمانِ وَ لا تَجْعَلْ في قُلُوبِنا Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Amin.

~Nisha~

No comments:

Post a Comment